Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi: Teori Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus.
Hello semunya !
Okay, so peta minda yang saya buat di atas ni adalah mengenai strategi komunikasi.
Apa itu strategi komunikasi?
Strategi komunikasi merupakan satu proses yang digunakan oleh semua penutur semasa dalam proses komunikasi.
Strategi komunikasi sangatlah penting untuk dikuasai oleh semua orang agar dapat memastikan mesej yang ingin disampaikan dapat disampaikan dengan betul dan penerima dapat menerima mesej yang tepat juga.
Sesuatu proses komunikasi boleh terjadi sama ada dalam kelompok yang besar ataupun kecil. Proses komunikasi ada kalanya juga berlaku melalui peralatan digital dan bahasa isyarat.
Selain dalam bentuk lisan, komunikasi juga boleh berlaku secara tulisan iaitu melalui teks ataupun penceritaan oleh penulis.
Dalam peta minda tersebut, didapati bahawa fakta yang menyatakan bahawa strategi komunikasi penting untuk dikuasai dalam kehidupan telah disokong oleh ramai ahli sarjana.
Kesimpulanya, strategi komunikasi haruslah dikuasai oleh semua orang bagi memastikan proses komunikasi yang lancar, jelas dan dapat difahami.
Kesimpulanya, strategi komunikasi haruslah dikuasai oleh semua orang bagi memastikan proses komunikasi yang lancar, jelas dan dapat difahami.
No comments:
Post a Comment