Tuesday, 6 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-MUG SHOT

 Rujukan     : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Penerbit UPM, Serdang

Nota    : Mug Shot merupakan gambar yang diambil dalam jarak yang dekat dan hanya memfokuskan kepada bahagian muka. Mug shot diambil bertujuan untuk mempamerkan raut wajah dengan terperinci. Cara ini lazimnya digunakan oleh para wartawan, gambar kad pengenalan atau passport atau lain-lain.

Model         : Adreana Thomas

1. EMOSI : GEMBIRA 




HURAIAN : Daripada gambar diatas, dapat dilihat bahawa model tersebut menunjukkan reaksi muka gembira. Kemungkinan model berasa gembira kerana menerima berita baik atau sesuatu yang baik baru berlaku. 


2. EMOSI : SEDIH



HURAIAN : Gambar diatas mempamerkan model yang menunjukkan riak muka bersedih. Model tersebut mungkin berasa sedih kerana berasa kecewa terhadap orang lain atau sebab-sebab lain yang menyebabkanya terluka dan sedih.

3. EMOSI : TAKUT



HURAIAN : Gambar diatas merujuk kepada model yang sedang berasa takut. Riak muka takut yang ditunjukkan oleh model tersebut mungkin kerana ada orang yang mengganggunya dan menyebabkanya berasa takut. Riak wajah takut juga boleh diekpreskan semasa menonton cerita seram.


4. EMOSI : GERAM



HURAIAN : Gambar diatas menunjukkan bahawa model mengekspresikan perasaan ataupun emosi geram. Model mungkin berasa geram kerana berhadapan dengan situasi yang menjengkelkan dan menyebabkan dia hilang mood. 


5. EMOSI : MARAH



HURAIAN : Gambar diatas menunjukkan model yang memperlihatkan ekspresi marah. Ekpresi marah boleh terjadi akibat daripada perbuatan orang lain yang melampaui batas. Apabila seseorang individu mempamerkan ekspresi marah, mereka akan kelihatan lebih garang.

6. EMOSI : TERKEJUT



HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan bahawa model mengekspresikan reaksi terkejut. Reaksi ini terjadi apabila seseorang individu menerima berita mengejutkan atau mendengar cerita yang tidak dijangka. 

7. EMOSI : KETAWA 



HURAIAN : Model dalam gambar diatas menunjukkan ekpresi muka yang sedang ketawa. Reaksi ini selalu terjadi apabila seseorang individu mendengar cerita lucu atau sedang berasa gembira. Apabila seseorang individu ketawa, muka mereka akan kelihatan ceria.






12 comments:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS...