Wednesday 31 March 2021

BBM3410-2021-MINGGU 2- PENDEKATAN ANALISIS WACANA

 

Pendekatan Analisis Wacana

Normaliza Abd Rahim, 2018

Pra-Andaian

Emosi

Nilai dan Budaya

Bahasa

Inferens

1.    Instuisi

2.    Konteks

 

-       Penerimaan/ Penafian

-       Keperluan

-       Perujukan

-       Anafora

-       Pengulangan

-       Kekaburan

-       Penegasan

1.    Positif

2.    Negatif

3.    Emosi Bercampur

 

-       Perangai

-       Personaliti

-       Mood

-       Motivasi

 

 

 

1.    Diri

2.    Masyarakat

3.    Adat

 

-       Jujur, ikhlas, baik hati, kasih sayang, kerajinan, kesyukuran, kesederhanaan

-       Berdikari, hemah tinggi, keberanian, kebersihan fizikal dan mental, kesantunan

-       Hormat menghormati, kerjasama, semangat bermasyarakat

-       Keadilan, kebebasan, rasional

1.    Bahasa pertama/ kedua/ ketiga

2.    Formal dan tidak formal

3.    Kesalahan bahasa

4.    Linguistik

 

-        

1.    Rumusan keseluruhan

2.    Rumusan topik perbincangan

3.    Penutup kata

 

Pra-andaian  

Pra-andaian merujuk kepada perkara yang diamalkan terdahulu sebelum sesuatu hujah atau tindakan dilaksanakan. Elemen ini terbahagi kepada dua aspek iaitu instuisi dan konteks. Instuisi merujuk kepada gerak hati iaitu kemampuan untuk memahami sesuatu tanpa berfikir rasional dan berlaku di luar sedar. Sementara itu, konteks pula merujuk kepada pemahaman yang dianalisis daripada beberapa askpek seperti penerimaan atau penafian, keperluan, perujukan, anafora, pengulangan, kekaburan dan penegasan.

 

Emosi

Emosi merujuk kepada perasaan dalam diri seseorang akibat daripada ransangan sama ada dari diri sendiri ataupun dari luar. Emosi boleh dibahagikan kepada beberapa jenis iaitu emosi positif, emosi negatif ataupun emosi bercampur. Sesuatu emosi itu boleh dilihat melalui perangai atau kelakuan seseorang.

 

Nilai dan Budaya

Elemen nilai dan budaya merupakan aspek yang saling berkait antara satu sama lain dan berkait rapat dengan nilai yang terkandung dalam falsafah pendidikan negara. Elemen ini boleh dianalisis daripada beberapa aspek seperti diri, masyarakat ataupun adat.

 

Bahasa

Elemen bahasa adalah sangat penting dalam penulisan sesebuah wacana. Oleh yang demikian elemen bahasa yang dianalisis difokuskan kepada penggunaan bahasa pertama, kedua atau ketiga. Elemen bahasa ini boleh dikategorikan kepada dua jenis iaitu bahasa formal dan tidak formal. Bagi memastikan penghasilan wacana yang berkualiti, kesalahan bahasa dan aspek linguistik juga dianalisis untuk mengenalpasti kesalahan dan membetulkanya.

 

Inferens

Inferens merujuk kepada kesimpulan yang dibuat berdasarkan sesuatu asas atau fakta yang tertentu. Inferens terdiri daripada beberapa aspek seperti rumusan keseluruhan, rumusan topik atau penutup kata. Setiap aspek ini haruslah dibincangkan bagi mengasilkan satu teks wacana yang lengkap.




Sumber : Normaliza Abg Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi, Penerbit UMT, Kuala Neru



No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS...