Wednesday 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CELIK BAHASA ISYARAT

 Credit to : Dewan Bahasa dan Pustaka, Malaysia


Sumber: Dewan Bahasa dan Pustaka https://www.youtube.com/watch?v=-h5hlplln24



Berdasarkan perkongsian daripada program 'Celik Bahasa Isyarat' yang dikongsikan oleh Prof. Dr. Normaliza Abd Rahim, pengisian program adalah mengenai kepentingan mempelajari bahasa isyarat. Dalam perkongsian tersebut, beliau ada mengongsikan bagaimana beliau boleh berjaya untuk mempelajari bahasa isyarat tersebut dalam masa yang singkat. Dalam perkongsianya, beliau menegaskan bahawa minat dan usaha haruslah seiring dalam mempelajari sesuatu. Bukan itu sahaja, beliau juga turut mempraktikan penggunaan bahasa isyarat ini di rumah bersama dengan anak-anaknya. Daripada perkongsian yang diberikan oleh Prof. Dr. Normaliza, beliau menekankan bahawa bahasa isyarat tidak semestinya dipelajari hanya oleh golongan kurang upaya seperti orang bisu atau pekak, tetapi, semua orang juga wajar mempelajarinya kerana ia merupakan satu keperluan dan kemestian. Dengan kita mempraktikan penggunaan bahasa isyarat, golongan bisu dan pekak itu tidaklah akan berasa terpinggir walaupun mereka adalah kumpulan minoriti dalam rakyat. Prof. Dr. Normaliza juga menyeru semua orang, baik kanak-kanak, remaja mahupun ibu bapa untuk menyahut cabaran untuk mempelajari dan menguasai bahasa isyarat. 




1 comment:

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS...