Sunday, 18 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-SILUET

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia dalam Bahasa. Serdang: Universiti Putra Malaysia


Siluet 

Nota : Siluet merupakan satu teknik menangkap gambar di mana gambar atau foto tersebut, subjeknya akan kelihatan berbentuk gelap dan cahayanya terhad tetapi latar belakangnya cerah. Subjek yang difokuskan dalam gambar siluet akan kelihatan dalam bentuk pepejal berwarna hitam.


Siluet 1




Model : Jayden Christell

Lokasi : Cabana Retreat, Kota Belud, Sabah

Huraian : Gambar siluet diatas menunjukkan sebuah manusia dalam bentuk pepejal dan bewarna hitam. Gambar ini diambil pada waktu matahari terbenam dan bertentangan dengan cahaya matahari tersebut. 


Siluet 2




Model : Orang Awam

Lokasi : Pantai Tanjung Aru, Sabah 

Huraian : Gambar Siluet ini diambil pada sekitar pukul 6 petang sewaktu matahari terbenam. Gambar ini jelas sekali menunjukkan beberapa pepejal berbentuk manusia dan berwarna hitam sedang bermain di pantai. Gambar siluet ini terhasil apabila gambar diambil bertentangan dengan cahaya matahari. 


Siluet 3




Lokasi : Pantai Tanjung Aru, Sabah

Huraian : Dalam gambar siluet, jurugambar lebih memfokuskan kepada siluet tumbuhan iaitu pokok kelapa di tepi pantai. Akibat daripada gambar yang diambil bertentangan cahaya, subjek, iaitu pokok terlihat dalam bentuk pepejal yang berwarna hitam dalam gambar.


Siluet 4




Lokasi : Halaman Rumah, Kampung Buit Hill, Penampang

Huraian : Gambar ini merupakan gambar siluet tumbuhan iaitu pokok kelapa. Gambar ini diambil pada waktu tengahari. Subjek pokok dalam gambar ini kelihatan gelap kerana gambar diambil bertetangan dengan cahaya matahari.





No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS...