Sunday, 18 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 4-ASAS FOTOGRAFI-MEDIUM SHOT

 Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Multimedia Dalam Bahasa. Serdang : Universiti Putra Malaysia

Nota : medium shot merupakan satu teknik menggambar dimana gambar tersebut diambil dalam jarak yang hampir dengan kamera atau video. Medium shot membolehkan wajah subjek (individu) lebih menyerlah berbandingan dengan long shot. Medium shot juga menampakkan aktiviti yang dilakukan oleh individu atau kumpulan manusia yang digambar.

Medium Shot 1



Lokasi : Gereja SIB Putatan Ministry Center, Putatan, Sabah

Model : Lester

Huraian : Teknik medium shot yang digunakan dalam gambar ini jelas sekali lebih menyerlahkan wajah subjek yang difokuskan. Walaupun subjek dalam gambar ini difokuskan, audiens masih boleh melihat apa yang berlaku pada latar belakang gambar tersebut.


Medium Shot 2



Model : Adreana Thomas & Tsien 

Lokasi : 3rd Beach, Tanjung Aru, Sabah

Huraian : Dalam gambar yang diambil dalam teknik medium shot, audiens dapat melihat dengan jelas wajah kedua-dua subjek yang difokuskan. Dalam gambar ini, audiens dapat melihat subjek yang difokuskan dengan jelas, begitu juga dengan latar belakang yang hijau itu.


Medium Shot 3



Model : Adreana Thomas

Lokasi : Outbound School, Papar, Sabah

Huraian : Dalam gambar tersebut, model iaitu Adreana merupakan subjek yang difokuskan. Dalam gambar ini, model tersebut dapat dilihat dengan jelas wajahnya. Walaupun demikian, latar belakang gambar tersebut juga boleh dilihat dan difahami dengan jelas oleh audiens yang melihatnya. 








No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS...