BBM3410-2021-ASAS
GRAFIK-KESEIMBANGAN-INTERNET
1.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA :
Kesihatan
RUJUKAN :
https://cmnacademy.com/kepentingan-amalan-gaya-hidup-sihat/
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan sebuah poster ‘Gaya Hidup Sihat’ yang mempamerkan pelbagai
jenis gambar yang berkaitan dengan amalan gaya hidup sihat. Ruang sebelah atas
dan bawah poster tersebut mempunyai teks perkataan yang berkaitan dengan gaya
hidup sihat dan kewujudan teks tersebut menjadikan gambar tersebut kelihatan
seimbang. Ruangan tengah poster tersebut yang dipenuhi dengan pelbagai jenis
gambar telah berjaya memenuhi semua ruang dan sekaligus menjadikan bahagian
kiri dan kanan poster tersebut seimbang.
2.
ELEMEN : keseimbangan
TEMA : Makanan
RUJUKAN :
(2021). Diakses pada April 2, 2021, daripada Lensamars.com website:
https://lensamars.com/blog/wpcontent/uploads/2019/07/promo_small7261537527473.jpg
HURAIAN :
Gambar di atas menggunakan elemen keseimbangan. Jika dilihat secara
keseluruhannya, gambar tersebut kelihatan seimbang sama ad dari sudut kiri dan
kanan serta atas dan bawah. Gambar makanan yang diletakkan di kedua-dua tempat
kiri dan kanan membuatkan kedua-dua kawasan tersebut kelihatan seimbang.
Penggunaan teks dan gambar makanan yang bersaiz sedikit kecil di bahagian atas
dan gambar makanan yang besar di bahagian bawah membuatkan gambar tersebut
lebih seimbang.
3.
ELEMEN
: Keseimbangan
TEMA : Ketenangan
RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April
2021,
https://www.pinterest.com/pin/395964992245130223/
HURAIAN :
Gambar di atas menerangkan tentang pemandangan rumah di atas air berdekatan
hutan pergunungan. Terdapat sebuah tasik yang luas dengan rumah di atas air di
sebelah kanan gambar. Terdapat juga hutan gunung yang berwarna hijau berdekatan
rumah tersebut. Pada sebelah atas gambar, terdapat sebuah gunung yang diliputi
kabus tebal. Warna cerah kabus tebal pada gunung memberi keseimbangan dengan
warna gelap yang tedapat pada air tasik dan hutan gunung itu.
4.
ELEMEN
: Keseimbangan
TEMA : Permandangan
RUJUKAN :
(2021), Diakses pada April 2, 2021, daripada twitter azim nazhan (hansvii_)
website: https://twitter.com/hansvii_/status/1374191140405088261?s=19
HURAIAN :
Gambar tersebut menunjukkan jambatan Pulau Pinang yang berlatar belakangkan
panorama matahari terbenam. Gambar tersebut menonjolkan elemen keseimbangan
yang begitu kuat. Hal ini demikian kerana kedudukan matahari yang hampir
terbenam itu berada tepat ditengah belahan jambatan tersebut. Panjang jambatan
dibahagian kiri dan kanan gambar juga sama dan seimbang.
5.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Promosi
RUJUKAN :
Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021,
https://www.google.com/search?q=puma+promotion&tbm=isch&ved=2ahUKEwiambWa4N_vAhUQCLcAHZLgAaIQ2-cCegQIABAA&oq=puma+promo&gs_lcp=CgNpbWcQARgBMgIIADICCAAyAggAMgIIADICCAAyAggAMgIIADIGCAAQCBAeMgYIABAIEB4yBggAEAgQHjoECAAQQzoHCAAQsQMQQzoKCAAQsQMQgwEQQ1Da0wNYvOEDYPj2A2gAcAB4AIABkQKIAd4HkgEFMi4yLjKYAQCgAQGqAQtnd3Mtd2l6LWltZ8ABAQ&sclient=img&ei=jSdnYNqeOJCQ3LUPksGHkAo#imgrc=pm8HWt-_0SKuqM
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan jenama PUMA sedang mempromosikan barangnya iaitu
kasut potongan sebanyak 50%. Gambar ini dikategorikan sebagai elemen
keseimbangan kerana kedudukan susunan kasut-kasut di sebelah kiri menunjukkan
ruang kiri gambar berat jika dibandingkan dengan ruang kanan gambar yang hanya
mempunyai teks.
6.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA :
Produk Kecantikan
RUJUKAN :
Oliur. (2014, July 5). 31 REALLY CLEVER AND CREATIVE PRINT ADS. Retrieved from
ULTRALINX: http://theultralinx.com/2014/07/31-clever-creative-print-ads/?epik=dj0yJnU9eGdXZVlBRGFDMFRVSHdLNE5xNDNoSUtLWGNBMDA4SFAmcD0wJm49Ty1DUGFaZU1DT0tKMElrcGVHMUhPdyZ0PUFBQUFBR0JuRUpn
HURAIAN :
Gambar grafik diatas menunjukkan elemen keseimbangan yang sangat baik. Ruang
dalam foto menunjukkan berat yang sama. Keseimbangan ini dapat menyampaikan
mesej penyunting kepada audiens dengan baik. Daripada gambar di atas, audiens
faham bahawa penyunting sedang mempromosikan produk Nivea.
7.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Kecantikan
RUJUKAN :
Fairnan Suharnoto. (2014). Retrieved from 2nd April,2021. From
https://www.behance.net/gallery/13867025/Nivea-For-Men
HURAIAN :
Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat produk kecantikan iaitu pencuci
muka untuk lelaki. Lelaki pada zaman sekarang juga pandai menjaga muka dan ia
bermaksud produk kecantikan pada masa ini tidak hanya terhad kepada gunaan
wanita sahaja. Jenama produk tersebut
ialah NIVEA. Produk tersebut mudah didapati di Guardian dan Watson.
8.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN :
Internet, Pinterest. Diakses pada 2 April 2021 daripada
https://id.pinterest.com/pin/10414642877151851/
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan gambar pemandangan yang diambil dari belakang dua
orang pasangan. Terdapat langit, kabus dan sedikit awan di ruang paling atas
gambar. Selain itu, terdapat gunung-ganang di bawah langit manakala di bahagian
tengah terdapat lautan biru yang sangat luas. Akhir sekali, di ruang paling
bawah terdapat pasangan yang berdiri di Kawasan hujung jurang. Warna-warna yang
terdapat dalam gambar di atas juga menjadikan gambar tersebut kelihatan
seimbang.
9.
ELEMEN
: Keseimbangan
TEMA : Tumbuh-tumbuhan
RUJUKAN :Internet,
Walpapertip. Diakses pada 30 April 2021 daripada
https://images.app.goo.gl/D5z3Bt3DAvHmG7RMA
HURAIAN :
Gambar ini menunjukkan permandangan di waktu pagi. Ruang di sebelah kiri dan
kanan terdapat pokok-pokok besar yang seimbang antara satu sama lain. Manakala,
di bahagian atas dihiasi dengan awan dan di bahagian bawah terdapat padang
rumput berwarna hijau yang luas. Ini menunjukkan grafik sama berat dan seimbang
di semua ruang.
10.
ELEMEN : Keseimbangan
RUJUKAN : Pemandangan
SUMBER :
(2021). Instagram: Arts of Visuals. Diakses pada 31 Mac 2021 daripada:
https://www.instagram.com/p/CKK-ltYsKhd/?igshid=ts2j8ohwqhk7
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan ruang yang seimbang. Jumlah pokok yang terdapat di
ruang sebelah kiri dan ruang di sebelah kanan adalah sama banyak dan teratur.
Hal ini telah menjelaskan bahawa berat diantara ruang di sebelah kanan dan kiri
adalah sama. Manakala, ruang di sebelah atas dan di sebelah bawah gambar juga
sama berat. Di ruang sebelah atas menunjukkan langit yang berkabus, manakala
ruang di sebelah bawah pula menunjukkan hamparan padang rumput yang menghijau.
BBM3410-2021-ASAS
GRAFIK-KESEIMBANGAN-GAMBAR SENDIRI
1.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Makanan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan gambar makanan yang diambil disebalik pemandangan
sawah padi. Ruang sebelah atas gambar tersebut dipenuhi dengan kepulan awan
yang membiru manakala ruang sebelah bawah pula dihiasi dengan kehijauan sawah
padi yang terbentang luas. Kedua-dua ruangan atas dan bawah gambar tersebut
yang dipenuhi dengan awan biru dan sawah padi menjadikan gambar tersebut
seimbang. Malahan, keseimbangan yang dipamerkan berdasarkan latar belakang
tersebut menjadikan gambar tersebut kelihatan sangat mendamaikan.
2.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Persahabatan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas membawa tema persahabatan dengan menggunakan elemen asas
keseimbangan dalam mempamerkan gambar tersebut.
Kedudukan dua sahabat yang berada di tengah gambar itu dengan latar
belakang bangunan serta pokok di bahagian tengah menunjukkan keseimbangan yang
baik. Penggunaan warna kontras iaitu warna hijau di atas dan kuning di bawah
menyerlahkan lagi keseimbangan gambar tersebut. Di bahagian kiri dan kanan pula
kelihatan seimbang dengan kehadiran tumbuhan berwarna hijau di kedua-dua
bahagian tersebut.
3.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Ketenangan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas merupakan gambar pemandangan suatu tempat yang mempunyai gunung
dan kawasan lapang. Pada kawasan bawah
gambar merupakan padang rumput yang kehijauan. Terdapat juga pagar di sepanjang
padang rumput tersebut. Terdapat juga gunung yang tinggi berwarna hijau. Pada
bahagian atas gambar pula ialah langit yang berwarna biru bersama kepulan awan
putih yang cantik. Pemandangan kawasan padang rumput bersama gunung yang
berwarna hijau memberi keseimbangan kepada langit dan awan yang berwarna biru
cerah.
4.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Kegembiraan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN :
Gambar tersebut menunjukkan seorang gadis yang berdiri di hadapan tangga
Perpustakaan Sultan Abdul Samad Universiti Putra Malaysia. Gambar tersebut
menonjolkan elemen keseimbangan yang jelas. Hal ini demikian kerana gambar yang
diambil adalah seimbang di kedua-dua bahagian. Jarak tangga di bahagian kiri
dan kanan juga sepadan.
5.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan waktu senja di sebuah kota. Seperti yang dilihat,
langit yang mempunyai tiga lapisan warna dan kelihatan awan-awan serta
bangunan-bangunan bercahaya lampunya menunjukkan hari sudah mula gelap. Gambar
ini menunjukkan elemen keseimbangan kerana pada bahagian atas, warna agak cerah
jika dibandingkan bahagian bawah gambar yang warnanya agak gelap. Keseimbangan
cerah dan gelap dapat menggambarkan sebuah kota waktu senja.
6.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA :
Tumbuhan
RUJUKAN
: Gambar Sendiri
HURAIAN :
Gambar yang dilampirkan di atas menunjukkan sebuah tumbuhan yang diletakkan
dalam sebuah pasu. Daripada gambar tersebut, dapat dilihat bahawa ruangan atas,
bawah dan tepi foto adalah sama berat. Dengan melihat gambar ini, audiens
dapat memahami bahawa penyunting sedang
menunjukkan sejenis tumbuhan di dalam pasu. Gambar dengan keseimbangan yang
baik dapat membantu dalam menyampaikan mesej penyunting kepada audiens.
7.
ELEMEN
: Keseimbangan
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN :
Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat gambar tersebut menunjukkan suasana
pada waktu petang. Apabila melihat gambar tersebut, kita dapat merasakan kita
sudah hampir sampai hari penutup pada hari tersebut. Perasaan kita melihat
pemandangan tersebut kita akan berasa tenang. Pada masa yang sama, kita akan
tidak sabar untuk menanti hari esok.
8.
ELEMEN
: Keseimbangan
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN
:
9.
ELEMEN :Keseimbangan
TEMA : Ketenangan
RUJUKAN
: Gambar sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan waktu senja di tepi laut. Ruang di sebelah kiri
gambar tersebut mempunyai pohon yang dipenuh daun yang seimbang dengan pokok di
sebelah kanan. Manakala, pantulan cahaya matahari yang sedang terbenam di
sebalik awan dan ruang bawah dipenuhi air laut. Ini menunjukkan terdapat
keseimbangan yang baik dalam gambar tersebut dan dapat disampaikan dengan baik.
10.
ELEMEN : Keseimbangan
TEMA : Pemandangan
SUMBER : Gambar Sendiri
HURAIAN :
Gambar tersebut menunjukkan bangunan di tengah-tengah gambar. Hal ini
menyebabkan ruang di sebelah kanan dan ruang di sebelah kiri adalah seimbang.
Hal ini telah menyebabkan berat di ruang sebelah kanan dan runag di sebelah
kiri adalah sama. Manakala, di sebelah atas bangunan terdapat awan yang luas
berwarna biru dan di sebelah bawah pula terdapat jalan raya beserta objek yang
sekaligus menampakkan gambar tersebut seimbang dari segala sudut.
Ketua : Anis 203012
Penolong : Hapizah 203936
Editor : Adilla 201848
Penolong Editor 1 : Adreana 204113
Penolong Editor 2 : Nuradhlin 203308
Penolong Editor 3 : Vivian 202967
AJK Publisiti : Afiah 203943
AJK Multimedia : Hayati 203007
AJK Emel : Akma 203935
No comments:
Post a Comment