Wednesday, 7 April 2021

BBM3410-2021-MINGGU 3-CERITA SOSIAL 2

 

Rujukan : Normaliza Abd Rahim (2019). Kajian Wacana dan Strategi Komunikasi:Teori dan Aplikasi. Penerbit UMT, Kuala Nerus

Cerita Sosial 2


Cerita sosial 2 mengisahkan tentang keluarga Alim yang sangat baik hati. Bapa Alim ada membeli buah-buahan daripada pasar tani pada hari ahad yang lalu kerana beliau tahu bahawa keluarganya sangat gemar makan buah-buahan tempatan seperti manggis, durian, buah langsat, buah duku dan macam-macam lagi. Semasa Bapa Alim sampai ke rumah dan memberitahu anak-anaknya bahawa beliau ada membeli buah-buahan, mereka sangat teruja dan sangat gembira kerana mereka sangat menggemarinya. Alim dan adik-beradiknya merupakan anak-anak yang baik dan sangat patuh kepada ajaran atau nasihat kedua ibu dan bapa mereka. Sebelum menjamu buah-buahan tersebut. Ibu mengingatkan mereka untuk membuang sampah ke dalam beg plastik supaya rumah tidak kotor dan bersepah. Alim dan adik beradiknya menganggukan kepala sebagai tanda faham. Daripada perbuatan ini, jelaslah bahawa mereka merupakan anak-anak yang mendengar cakap dan menghormati ibu bapa. Sebagai contohnya, semasa mereka sedang menjamu buah-buahan tersebut, Alim tiba-tiba ingin berkongsi buah-buahan tersebut dengan kawanya, Sulaiman. Hal ini kerana, Alim teringat bahawa ibu Alim selalu berpesan kepada mereka untuk berkongsi barang ataupun makanan yang kita suka adalah satu perbuatan yang baik. Ibunya pun membantu Alim untuk mengagihkan buah-buahan tersebut ke dalam plastik lain untuk diberikan kepada kawan Alim iaitu Sulaiman. Sesudah itu, Alim pun berlari ke luar rumah dan memberikanya kepada Sulaiman yang pada masa itu sedang menyiram pokok bunga. Selepas Alim memberikan sebakul beg plastik buah-buahan kepada Sulaiman, Sulaiman pun tersenyum dan mengucapkan terima kasih kepada Alim. Selepas memberikan buah itu kepada Sulaiman, Alim berlari semula kepada keluarganya sambil tersenyum menandakan Alim puas dengan tindakanya itu. Daripada tindakan Alim ini, jelas sekali bahawa Alim faham sifat berkongsi itu sifat yang baik. Setelah mereka selesai makan, Alim dan keluarganya bekerjasama mengemaskan rumah. Semasa Alim membuang sampah kulit buah-buahan ke dalam tong sampah besar di luar rumah, Alim terserempak dengan ibu Sulaiman, mak cik Timah yang sedang menyapu lantai di luar rumah. Mak cik Timah mengucapkan terima kasih kepada Alim kerana berkongsi makanan dengan anaknya, Sulaiman. Mak cik Timah berasa terharu dengan perbuatan Alim yang mahu berkawan dengan anaknya. Oleh kerana Alim seorang anak yang baik, Mak Cik Timah mendoakan agar Alim dan keluarganya sentiasa diberikan kesihatan dan kesejahteraan. Daripada cerita sosial ini, dapatlah dirumuskan bahawa anak-anak sememangnya diibaratkan sebagai kain putih dan ibu bapalah yang mewarnakanya. Ibu bapa seharusnya memberikan tunjuk ajar dan menjadi contoh yang baik kepada anak-anak mereka kerana anak-anak itu akan membesar dan mengikuti gaya dan perangai mereka pada masa hadapan. Tindakan ibu bapa Alim medidik anak-anak mereka untuk berkongsi makanan sememangnya merupakan satu tindakan yang sangat baik dan pantas dipuji. Sifat Alim yang sangat iklhas berkawan dengan Sulaiman merupakan satu perbuatan yang sepatutnya dicontohi oleh semua orang. Usaha ibu bapa Alim mendidik anak-anak mereka untuk hidup menghormati orang dewasa dan menghormati serta menyayangi sesama sendiri juga memperlihatkan bahawa mereka telah di didik dengan betul dan dengan penuh kasih sayang oleh kedua ibu bapa mereka. Bukan itu sahaja, daripada cerita sosial 2 ini juga, semangat kejiranan yang  baik itu juga haruslah diamalkan oleh semua orang. Usaha untuk memelihara perhubungan yang baik dengan orang lain terutamanya bersama jiran dan tetangga haruslah sentiasa dipraktikan untuk memelihara keharmonian antara manusia.




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS...