BBM 3410-2021-ASAS GRAFIK- WARNA-INTERNET
1.
ELEMEN : Warna
TEMA : Muzik
RUJUKAN : [Digital
image]. (n.d.). Diakses pada 1 April, 2021, daripada https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.pngegg.com%2Fen%2Fpng-etpbs&psig=AOvVaw3O5gnM-a8_PeBaGR6b5b8q&ust=1617372717436000&source=images&cd=vfe&ved=0CA0QjhxqFwoTCIi0z6Sf3e8CFQAAAAAdAAAAABAP
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar
peralatan musik seperti gitar, drum dan keyboard. Gabungan warna yang
ditunjukkan dalam gambar di atas adalah warna putih, hitam dan kelabu.
Kombinasi tiga warna ini amat sesuai dan tidak kelihatan serabut kerana mampu
mempamerkan mesej gambar peralatan musik yang ingin disampaikan. Kombinasi yang
terbaik bagi elemen warna adalah tidak melebihi daripada tiga warna.
ELEMEN : Warna
TEMA : Sukan
RUJUKAN : (2021). Diakses pada April 2, 2021, daripada Adidas.com website: https://brand.assets.adidas.com/image/upload/f_auto,q_auto,fl_lossy/enMY/Images/originals-ss21-zx-onsites-hp-teaser-carousel-H69037_tcm203-614320.jpg
HURAIAN : Menerusi gambar di atas kita dapat
melihat dengan jelas penggunaan warna yang dapat menarik perhatian audiens.
Gambar di atas menggunakan warna yang tidak melebihi dari tiga warna. Ini merupakan
penggunaan yang bagus berdasarkan elemen asas iaitu warna. Jika menggunakan
warna melebihi dari tiga ianya akan sedikit sebanyak memberikan keserabutan
terhadap perkara yang hendak difokuskan.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Pemandangan
RUJUKAN : Internet,
Pinterest. Diakses pada 1 April 2021,
https://www.pinterest.com/pin/118501033934972279/
HURAIAN : Gambar di atas menerangkan tentang sebuah
ladang strawberi yang luas. Terdapat ladang yang luas berwarna hijau disertai
beberapa pokok. Terdapat juga langit yang kebiruan bersama beberapa ketulan
awan. Terdapat 3 bekas penuh dengan strawberi yang berwarna merah. Gambar ini
jelas menarik kerana mempunyai tiga warna utama yang menyerlah dan memfokuskan
kepada ladang, awan dan strawberi.
ELEMEN : Warna
TEMA : Kecantikan
RUJUKAN : Kuusniemi, E.-K. (2021). Agent Pekka.
Retrieved from https://agentpekka.com/artist/eili-kaija-kuusniemi/\
HURAIAN : Gambar di atas menampakkan sebuah
kombinasi warna yang sesuai. Grafik di atas juga menepati peraturan elemen
warna, di mana ia mengandungi tidak lebih daripada 3 warna. Daripada gambar
grafik tersebut, audiens dapat memahami mesej yang ingin disampaikan iaitu
tekstur produk kecantikan yang berjenama Kiehl’s adalah seperti air atau
menyegarkan.
ELEMEN : Warna
TEMA : Minuman
RUJUKAN : Internet, Pinterest. Diakses pada 30 April
2021 daripada https://images.app.goo.gl/PzDY3zFYzj8RTymz9
HURAIAN : Berdasarkan gambar di atas, terdapat
iklan minuman yang dihasilkan oleh penyunting untuk dipromosi kepada pengguna.
Kombinasi warna yang digunakan ialah biru, putih dan merah. Warna ini sangat
sesuai dan tidak terlalu padat tanpa mengelirukan pengguna. Warna yang terdapat
dalam iklan tersebut mempunyai mesej yang bertujuan untuk menarik minat
pengguna supaya membeli.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Automobil/ Pengangkutan
RUJUKAN : (2021), Diakses pada April 2, 2021,
daripada autoevolution website: https://www.google.com/url?sa=i&url=https%3A%2F%2Fwww.autoevolution.com%2Fnews%2Fjust-how-expensive-is-the-2020-jeep-gladiator-compared-to-other-mid-size-trucks-133426.html&psig=AOvVaw224wK-WWgAxeG7ROmETJ7q&ust=1617468352266000&source=images&cd=vfe&ved=0CAIQjRxqFwoTCJCBjLCB4O8CFQAAAAAdAAAAABAV
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan sebuah
kereta jeep berwarna merah sedang parkir di kawasan pergunungan. Gambar
tersebut mengandungi elemen warna. Hal ini demikian kerana, terdapat tiga warna
utama yang cuba ditonjolkan. Warna tersebut ialah warna merah iaitu warna yang
terdapat pada badan kenderaan tersebut, warna keperangan pada bahagian rumput
dan bukit yang menunjukkan ketibaan musim luruh atau sejuk. Akhir sekali, warna
kebiru-biruan yang terdapat pada langit di bahagian belakang gambar.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Bunga
RUJUKAN : Internet. Google image. Diakses pada 2 April 2021, https://www.google.com/search?q=bunga+&tbm=isch&ved=2ahUKEwi7j9u14d_vAhW-23MBHWobC2oQ2-cCegQIABAA&oq=bunga+&gs_lcp=CgNpbWcQAzIECCMQJzIECCMQJzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDMgUIABCxAzIFCAAQsQMyBQgAELEDUIKRAViCkQFgv5MBaABwAHgAgAF_iAF_kgEDMC4xmAEAoAEBqgELZ3dzLXdpei1pbWfAAQE&sclient=img&ei=0yhnYPvZJL63z7sP6ras0AY#imgrc=ZnpNkgMEC2IijM
HURAIAN : Menerusi gambar di atas, kita dapat melihat dengan jelas
penggunaan warna yang difokuskan iaitu warna kuning bunga matahari. Gambar di
atas juga menunjukkan warna lain iaitu warna hijau untuk dedaun dan warna biru
untuk langit. Tetapi yang difokuskan adalah warna kuning, dan gambar ini
menunjukkan penggunaan tidak melebihi tiga warna dan memberi kefokusan kepada
warna kuning.
8.
ELEMEN : Warna
TEMA : Minuman
HURAIAN : Menerusi gambar di atas, kita dapat
melihat iklan Coca-Cola. Dalam gambar tersebut kita dapat melihat dua tin
perasa Coca-Cola. Kita juga dapat melihat iklan tersebut dengan teks. Gambar ini
jelas membuat orang tertarik kerana hanya memfokuskan kepada tiga warna utama
iaitu merah, hitam dan putih.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Keluarga
RUJUKAN :
Internet, Pinterest. Diakses pada 1 April 2021 daripada https://id.pinterest.com/pin/75013150030722835/
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan sebuah keluarga yang berkelah di bawah pokok hijau
yang rendang. Warna latar belakang yang berwarna hijau terang mencantikkan lagi
latar tempat dan ini dapat memfokuskan kepada keluarga tersebut. Pakaian yang
berwarna cerah yang dipakai oleh keluarga tersebut juga sangat bersesuaian.
Warna hijau juga sangat sesuai untuk situasi sekeliling di dalam gambar di
atas. Kombinasi warna yang terdapat dalam gambar di atas juga sangat sesuai dan
tidak melebih-lebih.
ELEMEN : Warna
TEMA : Pemandangan
RUJUKAN : (2020). Instagram: Arts of Visuals. Diakses pada 31 Mac
2021 daripada: https://www.instagram.com/p/B_XNll8nXDU/?igshid=1wzb13q2lrmzv
HURAIAN : Gambar pemandangan tersebut menunjukkan kombinasi
antara tiga warna iaitu warna hijau, biru dan koko. Gambar tersebut
menggambarkan dua buah rumah berwarna koko dan disertai dengan rumput yang
berwarna hijau serta awan berwarna biru di belakang. Gambar ini menarik kerana
mempunyai tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan kepada rumah, rumput dan
awan. Hal ini dikatakan demikian kerana grafik yang sempurna mempunyai tiga
warna agar mesej yang disampaikan adalah jelas.
GAMBAR SENDIRI
1.
ELEMEN : Warna
TEMA : Alam
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan gambar bunga
daisy yang bewarna putih dan kuning yang dikelilingi dengan daun bewarna hijau.
Kombinasi warna putih, kuning dan hijau dalam gambar ini kelihatan sangat
cantik dan menenangkan. Gambar ini juga menunjukkan kecantikan bunga daisy yang
ditangkap pada hari yang mendung. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai
tiga warna yang menyerlah dan memfokuskan pada bunga daisy tersebut.
ELEMEN : Warna
TEMA : Kegembiraan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Juru gambar menggunakan teknik asas yang
baik ketika mengambil gambar. Elemen yang digunakan adalah elemen warna bagi
memfokuskan gambar individu tersebut. Dengan latar belakang awan yang kebiruan
muda dapat menaikkan seri individu tersebut. Tambahan pula dengan pemakaian
baju berwarna merah menaikkan lagi serlah individu itu. Keadaan ini secara
tidak langsung dapat menarik perhatian audiens untuk melihat gambar yang
diambil.
ELEMEN : Warna
TEMA : Minuman
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar di atas merupakan gambar dua cawan
minuman yang diletakkan di atas meja kayu. Cawan dan piring minuman yang
digunakan adalah berwarna hijau emerald. Terdapat juga pokok kecil berwarna
hijau cair yang diletakkan sebagai hiasan diatas meja bersebelahan dengan
minuman tersebut. Minuman dan pokok kecil itu diletakkan diatas meja kayu
berwarna coklat. Gambar ini jelas menarik kerana mempunyai tiga warna utama
yang menyerlah dan memfokuskan kepada minuman didalam cawan, piring, pokok
kecil dan meja kayu.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Pemandangan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar grafik yang dilampirkan di atas
merupakan gambar yang diambil di sebuah tempat peranginan di Sabah. Terdapat
lebih daripada tiga kombinasi warna dalam grafik tersebut, walau bagaimanapun
sesuai dengan keadaannya. Daripada gambar grafik tersebut, audiens dapat
memahami mesej yang ingin disampaikan oleh penyunting iaitu pemandangan flora
dan fauna.
ELEMEN : Warna
TEMA : Alam
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Gambar ini menunjukkan tumbuh-tumbuhan
yang menghijau di dinding dengan pantulan cahaya matahari. Cahaya matahari
dapat membantu meningkatkan kecerahan sesuatu gambaran. Kertas yang ditampal di
dinding dapat mengisi ruang yang kosong. Kombinasi warna hijau, putih dan
coklat sangat sesuai dan menarik.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Kegembiraan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN : Gambar tersebut menunjukkan seorang
gadis sedang melalui sebuah rumah yang dimiliki oleh keluarga berbangsa cina di
Lebuh Armenian, Pulau Pinang. Gambar tersebut menonjolkan elemennya yang utama
iaitu elemen warna. Hal ini demikian kerana terdapat tiga warna utama dalam
gambar itu. Antara warnanya ialah biru yang menunjukkan bingkai tingkap, pintu,
topi dan juga baju gadis itu, warna putih pula memperlihatkan warna dinding,
jejari tingkap dan juga kasut. Manakala terdapat juga warna hitam yang terselit
pada tudung dan seluar gadis tersebut.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Makanan
RUJUKAN : Gambar sendiri
HURAIAN : Juru gambar menggunakan teknik gambar
atas sebagai teknik baik untuk mengambil gambar kek tersebut. Elemen yang
dikategorikan sebagai elemen warna dapat difokuskan dalam gambar ini. Hal ini
kerana dengan berlatarkan warna putih dan objek lain hanya mambawa tiga warna
dapat menarik perhatian ramai. Warna merah jambu untuk kek, hitam untuk pinggan
dan hijau untuk pokok hiasan. Keadaan ini secara tidak langsung dapat menarik
fokus ramai dengan pemilihan warna yang sesuai.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Makanan
RUJUKAN : Gambar sendirI
HURAIAN : Gambar di atas menunjukkan makanan Waffle yang disaluti cheese. Bagi peminat cheese dan waffle, mereka boleh menikmati gabungan antara Waffle dan cheese pada masa yang sama. Rasanya juga tidak sangat pelik walaupun tidak pernah mencuba gabungan tersebut. Gambar ini akan membuat orang tertarik kerana hanya memfokuskan kepada warna hitam, krim dan warna hijau.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Haiwan
RUJUKAN : Gambar
sendiri
HURAIAN :
Gambar di atas menunjukkan gambar seekor kucing yang berwarna oren cerah atau
lembut yang berlatar belakangkan langit dan awan putih. Warna kucing yang
berwarna oren sangat menonjol dan ini sangat jelas bahawa gambar tersebut ingin
memfokuskan kepada kucing tersebut. Kombinasi warna dalam gambar tersebut
sangat cantik iaitu gabungan warna oren, putih, biru dan sedikit warna hijau.
Gambar di atas juga tidak Nampak serabut kerana pemilihan warnanya yang cerah.
ELEMEN : Warna
TEMA :
Pemandangan
RUJUKAN : Gambar Sendiri
HURAIAN : Gambar pemandangan tersebut menunjukkan
kombinasi warna hijau, biru dan putih. Warna-warna tersebut telah menghasilkan
suatu kombinasi warna yang menarik dan harmoni. Warna-warna tersebut adalah
sinonim bagi alam semula jadi. Pulau yang terletak di tengah-tengah lautan yang
membiru jelas menampakkan kemegahannya. Awan-awan putih yang menghiasi langit
menambahkan lagi keindahan pemandangan tersebut.
Ketua : Vivian Chieng Chea Ling (202967)
Penolong : Adreana Thomas (204113)
Editor : Hapizah 203936
Penolong Editor 1 : Nuradhlin 203308
Penolong Editor 2 : Anis 203012
Penolong Editor 3 : Adilla 201848
AJK Publisiti : Afiah 203943
AJK Multimedia : Hayati 203007
AJK Emel : Akma 203935
AJK Semakan : Hidayah 203937
No comments:
Post a Comment