Tuesday 20 April 2021

BBM3401-2021-MINGGU 5-DILEMA PENGEMBARA

 KREDIT KEPADA : DEWAN BAHASA DAN PUSTAKA MALAYSIA 



PAUTAN : https://youtu.be/bQCPNh8Es1o


Salam sejahtera pembaca-pembaca, semoga sihat hendaknya kalian semua.

Hari ini, suka saya untuk berkongsi kepada kalian tentang sebuah segmen cakna ilmu yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada 18 April yang lalu yang bertajuk Dilema Pengembara. 

Perkongsian ini telah diberikan oleh Dr. Siti Nur Aliaa Binti Roslan. Dalam perkongsianya, beliau telah bercerita tentang pengalamanya sendiri mengembara ke luar negara sejak berusia 16 tahun lagi. MENARIK bukan? Keberanian dan sifat positifnya dalam menghadapi dunia luar seawal usia tersebut telah memberikan saya suatu motivasi untuk turut menjadi sepertinya.

Saya teringat dalam perkongsianya, beliau mengatakan bahawa, kita tidak perlu keluar daripda negara untuk mengembara, keluar dari 'comfort zone' sahaja sudah dilihat sebagai suatu bentuk pengembaraan. 

Saya sangat setuju dengan pernyataan yang beliau kongsikan. 

Suatu hari nanti, saya juga ingin mengembara ke luar negara sepertinya untuk meluaskan ilmu dan pengetahuan saya terhadap dunia ini.

Salam sayang dari Sabah <3




No comments:

Post a Comment

SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021

  SENARAI TAJUK TUGASAN BBM3410 2021 1.  BIODATA DIRI 2.  CERITA SOSIAL 1 3.  PENDEKATAN ANALISIS WACANA 4.  NOTA ELEMEN ASAS GRAFIK 5. ASAS...